Rabu, 13 Oktober 2010

Bermulanya karier sebagai cikgu tadika..

agak lama menyepi kini datang kembali dgn cerita baru lagi..hahhaha..Minggu ni adalah minggu pertama cik ema sebagai seorang guru tadika..Oleh kerana tadika jauh daripada rumah, maka terpaksalah cik ema berulang dari rumah ke tadika setiap hari..Mujurlah sijantung hati bagi pinjam motor..thank u yang..So se awal jam 7.30 cik ema dah gerak ke tadika(excited sgt sepatutnya pukul 10 atau 9.30)Lagi pulak dekat rumah takde siapa2.Sangat bosan duduk sorang2..Hari pertama mengajar terasa macam nak demam.Suara cik ema dah macam tarzan sebab suara budak2 lagi kuat dari suara cikgu dia nie..Alahai sayang, cikgu baru nak baik batuk..Hari kedua dan ketiga jangan cakaplah...memang nak putus urat perut nie..Buat masa nie agak kelam kabut jugak sebab baru nak kenal perangai budak2 nie..Ada yang degil , ada yang kuat mengadu , ada yang pendiam dan ada jugak geng berlagak diva..Memang sangat pening..Cik ema sekarang tgh cuba cari idea2 yang boleh menarik perhatian budak2 nie..Semalam pasang lagu un-hu2..ada respon yang baik..skrg nak cari tip2 untuk kontrol diorang tanpa perlu cik ema jerit2..sakit tekak mak cik!!.40 org mmg sukar dikawal..tambahan pulak akhir tahun.Masing2 dah penat belajar..Masing2 dah tunjuk perangai masing2..Memang letih...Ok lah nanti cik ema sambung cerita lagi k..Salam...

P/s:Sesapa yang ada tip bolehlah share dengan cik ema k..

0 comments: